pg 1.9.2009 gua bangun awal lebih awl dari biasadengan semangat nak g keja ngn nak pos barang gua trus siap kan diri..pakai baju biru yg ari2 gua pakai tanpa jemu dan berkasut nike yg gua beli kat sg.buluh terasa macho di pagi hari itu..cam biasa gua stat moto bg panas enjin tp apa kan daya hujan turun dengan selebat2nye,gua tersarung kat depan umah..lemah je badan ble ujan nie nak berhenti..
jam di hp dah menunjukan pkul 10..gua mmg lmbat la g keje jd gua tpon mmbe2 ofis tuk tau status dorang..sume yg gua call x g keje dorng tersarung sama cam gua..jd dengn selamba gua amik keputusan xnak g keje jgk...gua lepak umah jer smbil tggu ujan berhenti tp xnak jgk berhenti2..barang yg gua nak pos ader lg di tangan..jd dengn kering hati gua redah gak ujan g pos laju kat KL..
ape bila selesai hantar barang gua x tau nak g maner lak. ujan sudah renyai2 dengn tenang aku stat moto tuk pulang ke rumah.dalam perjalan balik tb2 ader kete buat panas depan gua dia main nak kuar parking jer jd gua terlggar bontot kete dia ckt..gua tgk tngn ngn badan ok jer trus gua gerak..malas gua nak gaduh nnti lg besar mslah pulak dah la ujan lg...
sampai je kat umah gua lepak tgk tv smpi bosan..lambat pulak waktu nak berbuka..jd gua stat moto balik g jalan2 pusing taman..jg keselamatan penduduk la konon nye..
azan sudah berkumandang,air teh o panas mula msuk ke anak tekak, peh, sedap giler air nie sambil tangan kanan negambil kuih muih...lepas mkn gua ingt nak baring2 kejap badan rasa sakit2 cikit , tp terlena sampai besok pagi..korang bayang kan dari kol 8 mlm smpi 8 pagi.otak gua jadi heng gak la...mak gua mmg suka klu gua tido awl..dia tkt gua lepak sampai x balik umah klu gua x tido..hehehe..nie fist time gua tido lama giler..
Khamis, 3 September 2009
Rabu, 26 Ogos 2009
mencari sinar yang x nampak......
Kisah ini berlaku di sebuah perkampungan kecil di Pahang pada tahun 1973. Ia nya diceritakan oleh Salleh kepada penulis untuk pedoman semua pembaca budiman. Kisah berlaku di sebuah Pekan yang bernama Kampung Pulau Tawar, Jerantut Seorang lelaki yang bernama Omar (nama sebenar dirahsiakan bagi menjaga nama baik keluarga tersebut). Omar adalah seorang bomoh di kampung tersebut. Beliau merupakan seorang bomoh yang agak disegani oleh kerana setiap kali apabila beliau mengubati setiap penyakit yang pelik, beliau akan berjaya. Satu hari diwaktu senja ada seorang budak melalui rumah Omar budak itu adalah Salleh pencerita kisah ini. Salleh terdengar seseorang sedang bercakap dalam bahasa yang agak pelik dan tidak pernah didengarinya sebelum ini. Salleh cubamengintai dari celah lubang dinding yang agak usang. Beliau melihat Omar bercakap mengadap sekeping cermin. Oleh kerana lubang tersebut agak kecil Salleh tidak nampak keseluruhan cermin tersebut.Salleh cuba mencari lubang yang agak besar. Akhirnya dia menjumpai lubang yang lebih besar. Melalui lubang tersebut, Saleh dapat melihat bayangan pada cermin tersebut bukanlah Omar tetapi sekujur tubuh yang sungguh ngeri wajahnya. Matanya kelihatan tersembul dan pipinya kelihatan berlubang. Tubuh makhluk itu dibaluti oleh kain putih yang berwarna coklat seperti warna tanah.
Tiba -tiba Salleh melihat mahkluk itu seperti memandang kearahnya. Bulu romanya meremang. Tanpa membuang masa Salleh terus melarikan diri. Sampai saja dirumah be liau terus menemui bapanya dan menceritakan kepada bapanya. Bapanya sekadar tersenyum seraya memberitahu ramai orang kampung sudah lama mengetahui perihal Omar. Bapanya mengatakan bahawa Omar menggunakan han tu peliharaannya untuk merasuk orang dan apabila orang tersebut sakit beliau akan datang dan mengubati orang tersebut. Dengan cara ini beliau akan lebih mendapat duit dan orang kampung akan menghormatinya. Mereka hanya menunggu masa untuk membuktikan pada orang kampung. Pada malam tersebut Salleh berasa seperti tidak sedap badan, tubuhya seperti merasa lemah. Mungkin kerana terkejutkan peristiwa yang dilihatnya tadi membuatkan dia rasa begitu. Selepas makan malam, Salleh terus masuk tidur. Apabila dia cubahendak melelapkan mata dia terbau seperti bau bangkai di dalam biliknya. Dia cubamembuka matanya tetapi kelopak matanya berasa amat berat sekali. Salleh cubamenjerit untuk memanggil bapanya tapi suara tersekat dikerongkong sahaja. Dia cubamembaca ayat suci yang diingatinya. Akhirnya beliau berjaya juga menjerit memanggil bapanya, Sebelum jatuh pengsan. Apabila Salleh membuka matanya didapati rumahnya penuh dengan orang dan mendengar orang menyebut nama Omar. Dia memandang ke arah bapanya yang sedang menghampirinya sambil tersenyum dan meminta dirinya supaya bertenang kerana segalanya telah berakhir. Dia kembali terlelap.
Pagi besoknya apabila dia tersedar Salleh melihat bapanya berjalan diiringi ibunya dengan pakaian seperti orang ingin ke masjid. Dia bertanya bapanya apa yang berlak u. Bapanya menyuruh salled bersiap2 utk pergi menziarahi kubur Omar. Salleh terkejut mendengarnya dan penuh dengan persoalan bermain dibenaknya sambil mengorak langkah kebilik mandi. Sesampainya di tanah perkuburan Salleh melihat orang sedang menggali kubur. Tiba-tiba dia tedengar orang didalam lubang bertempik apa ni!!! Salleh berlari untuk melihat dengan lebih dekat tetapi dihalang oleh bapanya. Salleh melihat beberapa orang dewasa seperti mengangkat sesuatu yang berat dari lubang tersebut. Sebaik sahaja objek tersebut berjaya dikeluarkan dari lubang tersebut, Mereka semua terpegun melihat UBI KAYU yang sangat besar.
Jadi sesiapa yang ingin beli UBI tersebut bolehlah menghubungi saya di talian bebas tol : 1-800-88-88- 88 Kerepek Ubi Pedas - RM 2.00 sebungkus Kerepek Ubi Masin - RM 2.30 sebungkus Kerepek Ubi - RM 1.50 sebungkus Kerepek Ubi Mentah - RM 0.50 sebungkus KEPEK..KEPEK. . UBI ...... UBI... SAPER NAK BELI UBIIIII.. hehehehehe kekeke.. sapa kena... jangan marah... :-) So sama-samalah kita terkena.
selamat berpuasa.....................
salam....
1st time aku buat blog nie...
x tau nak buat aper ngn blog nie lg...
harap sape2 pun bleh ajar...
1st time aku buat blog nie...
x tau nak buat aper ngn blog nie lg...
harap sape2 pun bleh ajar...
Langgan:
Catatan (Atom)
.jpg)